Banjir di kampus UM sudah reda, semua laluan dibuka semula

Iklan
Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampus di sini telah reda. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampus di sini telah reda.

Berikutan daripada itu, semua laluan di dalam kampus dan pintu masuk utama telah dibuka semula termasuk pintu yang dinaiki air sejak jam 10 pagi Selasa.

Iklan
Iklan

UM mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian banjir akibat hujan lebat pagi Selasa.

"Semua kakitangan, pelajar dan pelawat kampus dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan diri dan harta benda terperangkap dalam banjir.

Iklan

"Pihak universiti akan memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kampus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai Komunikasi Krisis UM, Farawahida Ismail ditalian 03-79677009 atau email kepada masturayusoff@um.edu.my.

Iklan