Pelajar terjejas banjir di Melaka boleh berpakaian biasa ke sekolah

Iklan
Sebahagian penduduk yang terjejas akibat banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau. Foto Bernama

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Pelajar terjejas banjir di negeri ini diberi kelonggaran untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa bermula Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini seramai 47 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Serkam yang terjejas banjir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah itu membabitkan seramai 28 murid sekolah rendah dan 19 pelajar sekolah menengah.

"Mereka dibenarkan memakai pakaian biasa yang bersesuaian bagi memastikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berjalan lancar.

Iklan

"Setakat ini semua mangsa ditempatkan di dewan sekolah.

"Murid boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa dan mereka yang terjejas dalam banjir boleh menumpang di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) mengikut darjah atau tingkatan yang sama," katanya.

Iklan

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 13 kawasan di dua daerah dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi Isnin.

Ujarnya, seramai 212 mangsa daripada 70 buah keluarga telah dipindahkan ke empat PPS termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat dan SK Tedong.

"Kesemua mangsa merupakan penduduk dari dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya di Jasin," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan lima PPS dibuka di daerah ini selepas 77 buah rumah dinaiki air susulan hujan lebat sejak awal pagi Isnin.

Kamarulsyah berkata, setakat jam 12 tengah, seramai 275 mangsa telah dipindahkan ke PPS dan paling tinggi ditempatkan di PPS Sekolah SMK Dang Anum, Merlimau.