Ribut petir diramal landa 10 negeri, KL petang ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir diramal berlaku di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 1 tengah hari memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang dan Perak selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

Iklan
Iklan

Turut diramal mengalami ribut petir ialah Jelebu, Negeri Sembilan manakala Kedah di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Pantai Timur negeri terlibat ialah Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, selain Kelantan di Jeli dan Kuala Krai.

Iklan

Tambunan, Sandakan dan Kudat di Sabah dan Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak juga diramalkan mengalami cuaca yang sama. - Bernama

Iklan