Hak asasi: Jangan terlalu ikut cara Barat

Iklan
Abdul Hadi menerima kunjungan unit media kerajaan negeri di kediamannya, hari ini.

MARANG - Segelintir pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini dilihat seperti sudah tersungkur apabila melebihi sifat-sifat kemanusiaan kerana terlalu mengikut cara Barat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, di Barat mereka menghormati hak haiwan melebihi hak manusia dilihat tidak wajar dan ia diikuti rakyat di negara seperti Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, ada segelintir pihak yang berjuang seperti di Barat dengan memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia yang di luar batas-batas kemanusiaan sejagat.

"Sebagai contoh, isu perkahwinan sejenis. Kita tak boleh ikut, benda yang diharamkan semua agama, ia tidak dibenarkan.

Iklan

"Itu sudah melampau, dah hanyut," katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila, hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa pihak yang menyelar tangkapan terhadap tiga individu termasuk seorang wanita baru-baru ini kerana menghina bekas Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di media sosial.

Iklan

Terdahulu, tular mengenai tindakan pihak berkuasa yang membuat tangkapan kerana ia dikatakan langkah ke belakang dalam mempromosikan kebebasan bersuara dalam negara.

Akta Hasutan yang berkuatkuasa sekian lama dan digunakan menyekat kebebasan bersuara di dalam negara.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, demokrasi yang diamalkan rakyat di negara ini masih ada batasnya.

"Bukan demokrasi tanpa batasan, malah jalan raya pun ada batas. Bukan awak diberikan lesen (memandu), awak bawa kereta tak ada undang-undang jalan raya.

"Lampu merah, kena berhentilah...," katanya.