[VIDEO] Seleweng akidah: Ahli GISBH diyakinkan selamat, dibantu syafaat Ashaari

Iklan

KUALA LUMPUR - GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa melakukan penyelewengan akidah dalam kalangan ahlinya dengan meyakinkan mereka bakal selamat di alam kubur kerana dibantu oleh syafaat pengasas kumpulan Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Iklan
Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, berdasarkan temu bual Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama saksi yang berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISBH, organisasi berkenaan turut didakwa menyeleweng dalam bab syariah, akhlak, tasawuf dan muamalat.

"Penyelewengan dari sudut akidah itu turut melibatkan perbuatan menyakinkan ahli bahawa munculnya Imam Mahdi yang selama ini merujuk kepada Syeikh Suhaimi.

Iklan

"Selain itu, Fata At-Tamimi iaitu Pemuda Bani Tamim merujuk kepada Abuya Ashaari yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti,” katanya.

Mohd Na'im ketika Sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Beliau berkata demikian ketika Sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Menjelaskan tentang penyelewengan syariah, Mohd Na’im berkata, ahli jemaah berkenaan didakwa tidak melaksanakan solat Jumaat sebaliknya melakukan solat Jamak setiap hari.

Tambahnya, jemaah telah didoktrin untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya Ashaari tetapi kepada kepimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.

"Amalan bertabarruk iaitu mengharapkan berkat daripada ALLAH SWT dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain yang digunakan oleh pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut, darah bekam pimpinan serta bekas pimpinan.

"Pasangan yang telah ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali majlis akad perkahwinan iaitu akad perkahwinan syarie yang diakadkan oleh pemimpin yang berwakilkan wali.

"Kemudian, akad perkahwinan secara perundangan yang dilaksanakan oleh pendaftar nikah atau imam yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri,” menurutnya.

Ulas beliau, tindakan penyelewengan akhlak, tasawuf atau muamalat pula melibatkan pengikut diminta untuk berkorban dan memerah keringat dalam serba kekurangan tanpa gaji untuk kepentingan GISBH manakala pemimpin hidup ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

"Rumah-rumah amal yang dianggarkan lebih dari 100 buah di seluruh negara ditubuhkan bagi meletakkan anak-anak kepada jemaah GISBH dengan tujuan menjana pendapatan melalui derma dan infak orang ramai dengan hujah mereka semua adalah anak-anak pejuang fisabilillah.

"Sekolah-sekolah di bawah GISBH tidak menggunakan silibus yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri termasuk oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” jelasnya.