[VIDEO] 'Tidak adil kaitkan saya dengan Farhash' - Anwar

Iklan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan adalah tidak adil untuk terus mengaitkannya dengan Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hanya kerana pernah menjadi setiausaha politiknya sebelum ini.

Ia susulan dakwaan wujud campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk melibatkan Farhash berkait isu pembelian saham oleh media antarabangsa, Bloomberg.

Iklan
Iklan

"Untuk terus kaitkan sebab dia pernah jadi staf (kakitangan), saya rasa kurang adil. Jawapan ini bagi saya jelas, bagaimanapun andai kata ada maklumat yang melibatkan sesiapapun termasuk Farhash dalam mana-mana kes, sila lapor.

"Apa yang dibangkitkan soal Farhash, kalau ada laporan, itu wajib disiasat tapi SPRM harus bertindak berdasarkan siasatan.

Iklan

"Isu dia apa? Syarikat apa? Kes apa? Saya percaya YB Pasir Mas (Ahmad Fadhli Shaari) tahu bahawa apa yang dikaitkan itu satu syarikat (HeiTech Padu Bhd) yang melibatkan Tuanku Sultan (Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V). Itu tak melibatkan Farhash,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar menjawab soalan semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 yang diadakan di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Fadhli yang meminta pihak berkuasa mendedahkan siasatan ke atas Farhash.

Iklan

HeiTech Padu Bhd yang dikaitkan dengan Farhash merupakan salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan pada Mac tahun ini untuk membangunkan projek NIISe bernilai RM1 bilion, bertujuan sebagai pengganti sistem MyIMMs.

Farhash sebelum ini menyatakan bahawa saham yang dipegangnya dalam HeiTech melalui Rosetta Partners Sdn Bhd dimiliki bersama dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, kelulusan kontrak yang dikaitkan itu juga dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Justeru katanya, beliau tidak mahu memanjangkan isu-isu remeh dan melibatkan individu yang pernah menjadi kakitangannya sebelum ini.

"Saya nak beritahu, kelulusan kepada syarikat itu adalah semasa kerajaan terdahulu. Semasa itu Farhash belum menjadi anggota syarikat tersebut. Ia betul, ada rekod. Kemudian, syarikat yang berkenaan itu sekarang dimiliki oleh Tuanku sebahagian besar sahamnya.

"Ia tiada kena mengena soal Farhash. Kalau adapun, ia mengikut tender, proses biasa. Kalau ada perlanggaran, bawa (bukti).

"Saya bicara di Parlimen ini, kalau ada kes, itu disiasat oleh SPRM. Kalau ada kes, saya tiada langsung (niat) menutupnya,” jelas Anwar.