Hanya Syed Saddiq beri maklum balas MoU peruntukan pembangkang

Iklan
Dr Zaliha pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Tiga Penggal Ke Tiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah memberikan maklum balas rasmi berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, Syed Saddiq daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut memohon beberapa pengubahsuaian terhadap MoU itu dan kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya tiada sebarang maklum balas rasmi diterima dari wakil pembangkang lain, maka ada kemungkinan yang akan menerima peruntukan ini adalah Yang Berhormat Muar sahaja," katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab usul dikemukakan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mahu kerajaan Persekutuan mengkaji semula MoU mengenai pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Iklan

Dr Zaliha menjelaskan draf MoU itu telah dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Ketua Whip Kerajaan kepada Ketua Whip pembangkang Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 15 September lepas, namun ia telah ditolak tanpa maklum balas kepada wakil kerajaan.

"Dalam perbincangan saya dengan Timbalan Perdana Menteri (Fadillah), menyatakan proses perundingan antara wakil kerajaan dan pembangkang boleh dianggap terhenti di sebelah pembangkang disebabkan wakil pembangkang sehingga kini tidak pernah mengemukakan maklum balas rasmi, maka tiada sebab kerajaan meneruskan rundingan sekali lagi.

Iklan

"Analoginya, ini seperti kerajaan sudah lamar pembangkang tetapi apabila lamaran tidak dijawab... tak manislah kerajaan nak lamar lagi," katanya. - Bernama