Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO

Iklan
Shazalli Ramly

SHAH ALAM - Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkuat kuasa 14 Oktober pada Isnin.

PMO menerusi kenyataan berkata, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos lepas.

Iklan
Iklan

"Mohammed Shazalli ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.

"Beliau juga akan ditugaskan untuk menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,” katanya pada Selasa.

Iklan

Mohammed Shazalli pernah menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd (TM) serta CEO serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat Axiata Group Berhad.

Beliau adalah lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di St. Louis University, Missouri dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington yang kedua-duanya terletak di Amerika Syarikat.

Iklan