Treler alami masalah brek rempuh lapan kenderaan

Iklan
Sebuah treler yang mengalami masalah brek merempuh beberapa kenderaan di Lebuhraya NKVE, Petaling Jaya pada Isnin.

PETALING JAYA - Sebuah treler yang mengalami masalah brek ketika menuruni jalan berbukit di Kilometer 18.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini merempuh lapan kenderaan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan kejadian diterima pihaknya pada jam 6.03 petang.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 2.10 petang semasa treler terbabit melalui lokasi di kawasan sedikit menuruni bukit.

Iklan

"Akibat masalah brek, treler itu telah melanggar lapan kenderaan lain yang sedang dipandu perlahan kerana jalan sedikit sesak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kepada individu terlibat.

Iklan

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M Sivam di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan.

Ujarnya, polis mengingatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

"Polis tidak berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang," ujarnya.