MAIS tegas isu salah guna kuasa di rumah anak yatim

Iklan
Abdul Aziz (duduk, tengah) bersama Mazlan (duduk, dua kiri) pada Program Kesedaran Pemerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Kebajikan Anak Yatim Selangor

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pihak berkuasa agama di Selangor tegas dalam memastikan tiada sebarang penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan berlaku di rumah-rumah kebajikan anak yatim berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan bukan sahaja menjejaskan imej rumah kebajikan anak yatim tetapi turut menjejaskan masa depan anak yatim dilindungi.

Iklan
Iklan

Beliau sehubungan itu berkata, program pemerkasaan tadbir urus dan integriti rumah kebajikan anak yatim berdaftar di bawah YIDE di Selangor diadakan dengan melibatkan pihak pengurusan di 32 rumah kebajikan anak yatim di negeri berkenaan.

"Kita berkumpul hari ini dengan satu tujuan amat penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tadbir urus yang baik serta memantapkan integriti bagi memastikan pihak bertanggungjawab patuh kepada undang-undang.

Iklan

"Ia juga dapat memainkan peranan penting dalam memastikan setiap rumah kebajikan anak yatim di bawah seliaan YIDE beroperasi dengan penuh beretika," katanya pada Majlis Penutup Program Kesedaran Pemerkasaan Tadbir Urus dan Intergriti Rumah-Rumah Kebajikan Anak Yatim Selangor anjuran YIDE di sini pada Selasa.

Program turut mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Selangor), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Iklan

Sementara itu, Pengerusi YIDE, Tan Sri Mazlan Mansor berkata, program ini adalah langkah proaktif yang diambil pihaknya untuk memperkasa pengurusan rumah-rumah kebajikan di negeri Selangor.

"Pada masa sama, ia diharapkan dapat untuk mendidik pengurusan agar terus menjaga amanah yang diberikan, demi kebajikan anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan ini," ujarnya.

Tambahnya, ini juga bagi memastikan pengurusan rumah kebajikan anak-anak yatim di bawah pengurusan YIDE mematuhi piawaian tertinggi dari segi ketelusan, akauntabiliti dan pengurusan sumber berintegriti.

Sebagai tanda komitmen terhadap integriti, program ini turut menyaksikan Majlis Tandatangan Aku Janji Bebas Rasuah oleh pengurusan rumah-rumah kebajikan anak yatim yang hadir.

Selain itu, satu Ikrar Bebas Rasuah turut diadakan sebagai simbolik kepada usaha bersama dalam memastikan amalan rasuah dan salah guna kuasa dapat dihindari dalam pengurusan rumah-rumah kebajikan