Pesara disyaki minta, terima rasuah percepat pindah milik tanah

Iklan
Gambar hiasan.

TAWAU - Pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM16,000 untuk mempercepatkan proses pindah milik tanah di daerah ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira jam 10.30 pagi Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM cawangan Tawau.

Iklan
Iklan

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan proses pindah milik tanah seluas 4.8 hektar yang terletak di Tawau.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau esok bagi proses pertuduhan," katanya.

Iklan