Harapan Nur Nasuha duduki ujian kelayakan MRSM jadi kenyataan

Iklan
Asyraf Wajdi mengesahkan sudah meminta Mara untuk menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan yang tinggal di Kampung Lubuk Nibong, Pak Badol, Bachok.

KUALA LUMPUR - Kisah pelajar cemerlang, Nur Nasuha Mohd Nusi, 12, yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke MRSM (UKKM) kerana keluarganya tidak mempunyai kenderaan mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, Asyraf Wajdi mengesahkan sudah meminta Mara untuk menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan yang tinggal di Kampung Lubuk Nibong, Pak Badol, Bachok.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH pihak MRSM akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM Kuala Krai bagi menduduki UKKM.

"Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian,” ujarnya.

Iklan

Jelasnya, Mara akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir.

"Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini,” katanya

Iklan

Menurutnya, Bahagian Pendidikan Menengah Mara mempunyai tarikh baharu UKKM pada yang mohon ditukar atas pelbagai sebab akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini.

Nasuha yang sering mendapat tempat pertama dalam kelas berkata, dia berharap pihak Mara dan pihak berkaitan dapat membantunya menduduki peperiksaan khas itu yang difahamkan masih berlangsung sebelum ditempatkan di MRSM pada tahun depan.

Dia mendapat tawaran menduduki peperiksaan khas kemasukan ke MRSM selepas mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan pentaksiran bilik darjah pertengahan sesi akademik 2024/25.