Pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara dibentang untuk bacaan kali pertama

Iklan
Abdul Rahman. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang memaklumkan bahawa bacaan kedua akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Iklan
Iklan

Ia bagi meminda Seksyen 2 Akta 732 dalam takrif 'kontrak perkhidmatan' selaras dengan takrif 'kontrak perkhidmatan' dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Pindaan yang dicadang akan meluaskan skop 'kontrak perkhidmatan' dan kesannya, peruntukan yang berkaitan dengan gaji minimum di bawah Akta 732 akan turut terpakai bagi pekerja di bawah kontrak perantisan. - Bernama

Iklan
Iklan