Krisis bekalan air: Kaji semula perjanjian lapuk

Iklan
Singapura membayar sebanyak 3 sen untuk 1,000 gelen air mentah dari Malaysia.

SHAH ALAM - Tokoh undang-undang dan pakar industri air menyarankan kerajaan melakukan kajian terhadap perjanjian lapuk seperti Perjanjian Air Malaysia-Singapura yang sudah dianggap tidak munasabah pada ketika Malaysia sendiri bakal berdepan dengan krisis air.

Iklan
Iklan

Pakar undang-undang, Profesor Datuk Salleh Buang tanpa berselindung menyatakan beliau bersetuju sekiranya perjanjian yang turut dikenali Perjanjian Sungai Johor 1962 itu dirunding semula.

"Perjanjian yang kita buat itu dalam tempoh, zaman yang telah lama berlalu. Jadi, logiknya bila ada perubahan atau sesuatu keadaan, memang ada asasnya untuk kedua-dua negara berunding semula.

Iklan

"Saya setuju kalau Malaysia runding semula. Apa-apa perjanjian baik negara kita atau negara lain yang dah lama, dah lapuk, dah usang, dibuat pada zaman dulu memang wajar dirunding semula,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Teroka teknologi simpan air hujan

Iklan

Amaran krisis bekalan air

Bil air lebih mahal jika guna teknologi lebih canggih

Perjanjian air: Malaysia berhak semak selepas 25 tahun

Bekalan air di Perlis hanya bertahan empat bulan

Sudah tiba masa Malaysia bertegas dengan Singapura

Malaysia mahu RM3 bukan 3 sen