Lebih 470,000 individu carum SKSSR setakat September - Steven Sim

Iklan
Steven Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 474,982 individu telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sehingga 30 September tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, jumlah berkenaan mencecah 95 peratus daripada 500,000 yang disasarkan untuk mendaftar SKSSR tahun ini.

Iklan
Iklan

Steven berkata, fleksibiliti dalam kaedah pembayaran caruman yang boleh dibuat sama ada oleh suami, suri rumah sendiri, ahli keluarga atau pihak ketiga dikenal pasti antara faktor penyumbang kepada kejayaan skim berkenaan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof; Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Iklan

SKSSR adalah jaringan keselamatan sosial yang diwarta dan ditawarkan sejak Disember 2022 untuk wanita dalam sektor ekonomi ihsan yang menyediakan dua bentuk perlindungan utama iaitu Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan dengan kadar caruman berpatutan RM10 sebulan.

Sementara itu, PERKESO memaklumkan pihaknya menerima dana tambahan RM86.2 juta bagi menyediakan geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi inisiatif SPS Madani dan SPS Padanan Caruman.

Iklan

Permohonan untuk SPS Madani dan SPS Padanan Caruman dibuka hingga 31 Disember ini kepada individu daripada 20 sektor pekerjaan sendiri.

Sehingga 4 Oktober lepas, 697,787 individu mencarum dalam SKSPS dengan 4,052 kes tuntutan yang diproses dan pembayaran faedah keseluruhan melebihi RM19.2 juta.

Pada majlis hari ini, KESUMA menerusi PERKESO menyantuni 140 anak yatim dan ibu tunggal serta menyalurkan faedah kepada 14 penerima dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM118,000. - Bernama