Kembalikan inisiatif RM500

Iklan
Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan ganjaran sebanyak RM500 diberikan kepada belia yang melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf kerajaan. Gambar kecil: Mohd Izzat

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan ganjaran sebanyak RM500 diberikan kepada belia yang melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf kerajaan.

Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, inisiatif berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Belanjawan 2024 lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, ia tidak dilakukan atau mungkin pelaksanaannya kurang meluas.

"MBM mohon cadangan untuk inisiatif ini dilaksanakan dan dikembalikan dalam Belanjawan 2025.

Iklan

"Mengembalikan inisiatif RM500 untuk belia yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan tetapi lebih meluas kepada semua belia dari umur 15 tahun hingga 30 tahun.

"Ini kerana Perdana Menteri juga telah mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada MBM dan seluruh badan gabungannya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, golongan belia menerima 16 insentif menarik daripada peruntukan kerajaan menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Bantuan itu diberikan untuk meningkatkan taraf hidup golongan belia, membentuk jati diri dan keperibadian anak muda, mengurangkan beban kewangan pelajar dan melahirkan lebih banyak bakat masa hadapan yang memenuhi keperluan industri.

Mohd Izzat Afifi berkata, tiada peruntukan khusus kepada badan bukan kerajaan (NGO) belia, namun banyak inisiatif yang diumumkan khas untuk belia.

Ujarnya, selepas pengumuman belanjawan tahun lalu, ia memberi kelegaan kepada persatuan itu melalui inisiatif besar seperti Rakan Muda.

"Melalui dana RM20 juta kepada projek Rakan Muda, RM2 juta daripadanya diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk MBM.

"Ia bagi menjalankan aktiviti serta program yang melibatkan persatuan-persatuan belia akar umbi,” jelasnya.