Hutang negara RM1.74 trilion
Iklan
ORANG macam Awang yang tak reti sangat hal akaun dan kira mengira ini tak dapat nak bayangkan banyak mana duit RM1.173 trilion itu. Jumlah itu adalah hutang negara masa ini.
Dulu Awang biasalah dengan juta-juta lepas itu bilion, sekarang dah main trilion. Mungkin kalau ada orang yang pandai kira-kira boleh berikan gambaran berapa ribu kilometer jalan yang boleh kita buat dengan duit banyak itu.