Belanjawan 2025 ruang kesinambungan bajet lalu
Iklan
DALAM debar menantikan pembentangan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera' pada 18 Oktober ini, menarik jika kita singkap sejenak Belanjawan 2024 yang lalu.
Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilion diiktiraf belanjawan terbesar dalam sejarah negara, namun adakah inti pati belanjawan tersebut sudah berjaya sepenuhnya atau masih ada kelompongan yang perlu dilunaskan?