SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Singapura telah mengerahkan dua jet pejuang F-15SG selepas Air India Express menerima e-mel yang menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 yang menuju ke Singapura.
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen berkata, jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengiringi pesawat itu menjauhi kawasan yang berpenduduk dan ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 10.04 Selasa malam.