Perjanjian air: Malaysia berhak semak selepas 25 tahun

Iklan
Majlis tandatangan Perjanjian Air antara Malaysia dan Singapura dibuat pada September 1962 di Johor Bahru.

SHAH ALAM - Pakar undang-undang berpendapat Malaysia mempunyai hak dan boleh menuntut semakan perjanjian air kontroversi Malaysia-Singapura 1962 selepas 25 tahun perjanjian itu ditandatangani.

Iklan
Iklan

Pensyarah Undang-Undang, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, pilihan untuk mengkaji dan mengubah perjanjian itu sentiasa terbuka sejak tahun 1987 iaitu selepas 25 tahun perjanjian tersebut dimeterai.

"Berdasarkan Perjanjian 1962, Malaysia berhak menuntut semakan semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan Klausa 14 dalam Perjanjian 1962.

Iklan

Klausa itu menyatakan: Provisi perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas kedua-dua ini dimeterai."Dua puluh lima tahun selepas tahun 1962 bermaksud bila-bila masa selepas 1987.

Itu tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar segera tetapi ‘bila-bila masa’ selepas 1987,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Iklan

Katanya, perjanjian itu hanya melibatkan Malaysia dan Singapura, sepatutnya atas dasar setiakawan dan sesama ahli ASEAN tidak timbul masalah membincangkan perkara yang membawa kedamaian dan kemakmuran kedua-dua negara. Malah, sepertimana yang dilaporkan, Singapura telah pun bersetuju untuk berbincang.