Aaron-Wooi Yik lepasi ranjau Mitsuhashi-Okamura

Iklan
Aaron-Wooi Yik

PENYANDANG juara beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark dengan langkah positif.

Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, 28-26, 21-11 dalam masa 49 minit di Arena Fyn, Odense.

Iklan
Iklan

"Terbuka Denmark adalah kejohanan kedua kami selepas lama beraksi.

"Walaupun kami berpengalaman, sudah lama kami tidak beraksi di gelanggang, jadi banyak perkara yang perlu disesuaikan semula," kata Aaron.

Iklan

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik tampil ke kejuaraan Super 750 itu dengan status juara selepas menewaskan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, 21-13, 21-17.

Kemenangan itu membolehkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 tersebut berdepan satu lagi wakil negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Iklan

Wei Chong-Kai Wun pula mara selepas menewaskan beregu England, Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen. 21-11, 21-10 dalam masa 26 minit.