KULIM - Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun Lata Sedim, sejak Isnin lalu ditemukan lemas pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, mangsa, P Thineswaran, 31, ditemui pada jam 6.38 petang selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.