Warga emas terperangkap banjir kilat diselamatkan

Iklan
Wanita warga emas ini terperangkap di dalam rumah ketika berlaku banjir kilat selepas air naik kira-kira 0.5 meter, di Jalan Kampung AC Baru, Rendang Punggo, Langkap. - Foto: JBPM Perak

TELUK INTAN - Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam banjir kilat di sebuah rumah di Jalan Kampung AC Baru, Rendang Punggo, Langkap, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 7.35 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita itu terperangkap dalam rumah ketika berlaku banjir kilat selepas air naik kira-kira 0.5 meter.

"Komander operasi mengarahkan anggota membantu mengeluarkan mangsa dengan memimpinnya dan menghantar ke rumah warisnya yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I KUP Abdul Hazhar Ismail tamat jam 8.37 malam. - Awani

Iklan