Cantona kritik United tak hormat Ferguson

Iklan
Cantona (kiri) mengkritik United selepas memecat Ferguson (kanan) sebagai duta pasukan.

ERIC Cantona telah mengkritik pemilik Manchester United susulan keputusan mereka untuk menamatkan kontrak Alex Ferguson sebagai duta kelab itu.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan kos kelab di bawah pemilik Ineos dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe.

Iklan
Iklan

Cantona yang juga bekas pemain United menyifatkan pasukan tidak menunjukkan rasa hormat terhadap bekas pengendali itu yang telah menabur banyak jasa kepada pasukan.

"Sir Alex Ferguson sepatutnya boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan di kelab sehingga dia meninggal dunia.

Iklan

"Pasukan tidak menunjukkan rasa hormat. Ia benar-benar memalukan," katanya.

Bagaimanapun, Ferguson, 83, akan mengekalkan peranan sebagai pengarah bukan eksekutif di Old Trafford selepas pemecatan sebagai duta.

Iklan

United kini berada di kedudukan ke-14 selepas mengakhiri saingan liga musim lalu di kedudukan kelapan walaupun membelanjakan lebih £200 juta (RM 1.12 bilion) untuk pemain.

Mereka telah membelanjakan kira-kira £600 juta (RM2.2 bilion) untuk pemain baharu sejak pengurus Belanda, Erik Ten Hag mengambil alih tugas menjelang musim 2022-23.

Bulan lalu United mencatatkan kerugian £113.2 juta (RM636.34 juta) untuk tahun berakhir 30 Jun 2024, tetapi kelab itu menegaskan mereka mematuhi peraturan keuntungan dan kelestarian Liga Perdana.