PM akan pengerusikan mesyuarat khas kabinet bincang persiapan Kepengerusian ASEAN 2025

Iklan
Armizan

SERDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mempengerusikan mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, mesyuarat itu diadakan bagi memastikan koordinasi rentas kementerian dilaksanakan dengan baik.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri panggil mesyuarat khas kabinet (hari ini). Mesyuarat kabinet yang biasa diadakan pada Rabu ditukar ke Jumaat sebab (ada) sidang Parlimen.

"(Namun) diadakan mesyuarat khas kabinet jam 1 tengah hari nanti untuk bincang persiapan Malaysia mempengerusikan ASEAN,” katanya ketika berucap merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi MARDI di sini hari ini.

Iklan

Difahamkan mesyuarat khas kabinet itu diadakan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Jumaat lepas Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, bersama dengan Sidang Kemuncak berkaitan dan Majlis Penyerahan Jawatan Pengerusi ASEAN di Vientiane.

Iklan

Pada majlis itu Anwar menerima tukul Kepengerusian ASEAN daripada Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone sebagai simbolik penyerahan jawatan berkenaan.

Anwar turut memperkenalkan logo dan tema untuk Pengerusi ASEAN Malaysia 2025: ‘Keterangkuman dan Kelestarian’ pada majlis berkenaan. - Bernama