Elak membazir ketika berwuduk, boleh jatuh makruh dan haram

Iklan
PERBUATAN membazir ketika berwuduk, mandi atau istinjak di masjid adalah diharamkan. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

APABILA berwuduk, ada baiknya jika kita bersegera, tidak mengambil tempoh lama dan memanfaatkan air dengan sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran.

Jika mahu mendapatkan kesempurnaan wuduk, basuhlah anggota wuduk sebanyak tiga kali sebagaimana sunnah yang dianjurkan.

Iklan
Iklan

Namun, tidak boleh berlebihan hingga berlakunya pembaziran walaupun tujuan kita adalah untuk bersuci bagi menunaikan ibadah.

Sinar Islam Plus ada sebab yang kukuh mengapa kita dilarang membazir ketika berwuduk.

Iklan

Mengukuhkan lagi fakta itu, beliau menyebut beberapa fatwa ulama yang berkaitan dengannya.

Antaranya fatwa Jordan menyebut:"Jika air diwakafkan seperti di tempat wuduk yang ada di masjid, maka hukum membazir airnya adalah haram di sisi semua ulama fiqah kerana ia harta wakaf. Tidak boleh digunakan kecuali kadar hajat.”

Iklan

"Selain itu, Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh Islam Waadillatuh menyatakan bahawa jika air yang diwakafkan untuk tujuan berwuduk sebagaimana air disediakan untuk masjid, maka haram jika air itu dibazirkan,” katanya sepertimana dipetik menerusi perkongsian penceramah itu.

PERBUATAN israf (berlebihan) pernah ditegur dan dilarang oleh Rasulullah SAW walaupun kuantiti air itu dalam jumlah yang banyak seperti di laut, sungai dan seumpamanya. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

Jelas beliau, antara bentuk pembaziran air itu termasuklah membuka paip sepenuhnya dan membasuh lebih tiga kali ketika berwuduk dan mandi.

"Bukan itu sahaja, ia termasuk juga menggunakan air wuduk untuk tujuan lain seperti membasuh motor,” tulisnya.

Memetik artikel diterbitkan oleh Researchgate.net bertajuk ‘Umat Islam membazir jutaan liter air semasa berwuduk’, hasil kajian mendapati, umat Islam menggunakan sehingga tujuh liter air setiap kali mengambil wuduk.

Demikian dapatan penyelidikan Abu Rozaiza yang melakukan kajian di 40 buah masjid termasuk di dua masjid suci iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Berbalik kepada larangan pembaziran ketika berwuduk, ia sebenarnya bukan sahaja membabitkan pengambilan air sembahyang ketika di masjid atau surau, tetapi di mana-mana termasuk di dalam rumah.

Ini kerana terdapat hadis yang memerihalkan tentang tegahan israf (berlebihan) dalam menggunakan air bagi tujuan tersebut.

Abdullah Ibnu Amru bin Al-'As RA berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAW lalu di suatu kawasan dan melihat Sa’ad sedang berwuduk, lalu Baginda bersabda:"Kenapakah israf (berlebihan) ini?” Maka Sa’ad menjawab:"Adakah pada wuduk juga terdapat israf?” Lalu, Baginda menjawab:"Ya, sekalipun kamu berada di sungai yang mengalir.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Melihat ungkapan hadis itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, perbuatan israf itu jelas ditegur dan dilarang oleh Rasulullah SAW walaupun kuantiti air itu dalam jumlah yang banyak seperti di laut, sungai dan seumpamanya.

MAKRUH hukumnya apabila menggunakan air secara berlebihan atau membazirkan air ketika berwuduk. -Foto: Canva

"Tujuan seseorang berwuduk antaranya adalah untuk mendirikan solat.

"Justeru, sekiranya seorang berlama-lama dalam wuduk, pastilah akan mendatangkan implikasi kepada melewatkan solat dari waktunya dan itu merupakan suatu perbuatan yang buruk,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi #827: Hukum berwuduk lama tanpa niat membazir.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, makruh hukumnya apabila menggunakan air secara berlebihan atau membazirkan air ketika berwuduk.

"Ia berdasarkan kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW yang mana Baginda hanya berwuduk menggunakan secupak air.

"Bahkan, berlebihan dan membazir itu bukan daripada budaya Islam, malah tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim yang disifatkan sebagai seorang yang bersederhana dalam setiap keadaan,” katanya dipetik menerusi artikel #397: Membazir ketika berwuduk dalam laman web Maktabah Albakri.