Longkang tersumbat atas bukit punca tanah runtuh di Taman Melawati - Amirudin

Iklan

Longkang tersumbat di bahagian atas bukit di Jalan G2, Taman Melawati, dikenal pasti punca berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan E6 pada pagi Selasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, limpahan air dari longkang yang dipenuhi dengan batu dan tanah menyebabkan berlaku gelinciran tanah hingga menyebabkan tanah runtuh di Jalan E6.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, limpahan air dari longkang yang tidak diselenggara itu bukan hanya terjadi pada Selasa, sebaliknya telah berlaku sejak beberapa hari lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/691262/berita/semasa/longkang-tersumbat-atas-bukit-punca-tanah-runtuh-di-taman-melawati---mb

Iklan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #TanahRuntuh #TamanMelawati

Iklan