SHMMP Deepavali diumumkan dalam masa terdekat - Armizan

Iklan
Armizan (tengah) ketika sidang akhbar pada Majlis Perasmian Program Agroinvest sempena Hari Inovasi MARDI 2024 di MAEPS hari ini. - Foto: Bernama

SERDANG - Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti barangan yang sesuai dengan pihak industri untuk dimasukkan ke dalam senarai SHMMP Deepavali.

Iklan
Iklan

"Tidak lama lagi saya akan umumkan. Sekarang dalam proses libat urus dengan pihak industri untuk melihat dan mengenal pasti apa barang yang sesuai dimasukkan dalam senarai harga kawalan pada masa Deepavali,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi MARDI di sini hari ini.

SHMMP mula dilaksanakan pada 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang menyaksikan beberapa jenis barang keperluan dikenal pasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.

Iklan

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara pada 31 Oktober ini. - Bernama

Iklan