KLUANG - Seorang lelaki jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter ketika sedang memasang tanglung di Jalan Lambak, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsul Anri Mohd Shahad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 11 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Katanya lapan anggota dari BBP Kluang bersama sebuah jentera dan EMRS ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terjatuh dalam gaung itu.
"Menurut saksi kejadian, mangsa Wee Yong Tak, 38 sedang memasang tanglung di kawasan berhampiran menggunakan"forklift", namun mangsa tergelincir dan jatuh dalam gaung.
Iklan
"Bomba bertindak menaikkan mangsa menggunakan" stretcher". Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya hari ini.
Anggota bomba membantu mangsa yang terjatuh dalam gaung di Jalan Lambak.