Penganggur mengaku ceroboh rumah ADUN

Iklan
Mohd Khairol Anuar (dua dari kiri) mengaku bersalah menceroboh kediaman ADUN Pengkalan Baharu di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu.

MANJUNG - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu kerana didakwa menceroboh kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh pada Sabtu lepas.

Tertuduh Mohd Khairol Anuar Nordin, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan kediaman Jalan Sitiawan, Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar di sini jam lebih kurang jam 10 malam pada 12 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu telah didapati menceroboh kediaman tersebut dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, tanpa kebenaran pemiliknya, Azman, 57.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Iklan

Tertuduh kemudiannya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman dan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Iklan

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Oktober depan di Mahkamah Majistret Pantai Remis.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Shaqira Ibrahim.