Dua suspek kes Sabari dihadap ke mahkamah esok

Iklan
Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

ALOR SETAR - Dua suspek lelaki kes pembunuhan pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra, esok.

Jurucakap polis dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 26 tahun itu, akan dibawa ke mahkamah berkenaan pada 8.30 pagi esok.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, kedua-dua lelaki itu yang ditahan pada 27 September, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kes khianat bakar kereta.

Media sebelum ini melaporkan Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling, hilang sejak 4 September dan kereta Proton Waja dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik pada 20 September.

Iklan

Polis kemudian mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap berhampiran Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra, dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat susulan penahanan dua lelaki itu.

Operasi pencarian Sabari di kawasan sungai berkenaan dilaksanakan selama tiga hari, sebelum ditamatkan pada 3 Oktober. - Bernama

Iklan