KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki dan menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM133,870 di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi pada 9.25 malam itu menemukan lebih 112,000 batang rokok putih bernilai RM123,222 dan lebih 8,800 rokok kretek bernilai RM10,648.