Pelanggan dakwa nasi kandar ada ulat

Iklan
Video yang dimuat naik ke Facebook Penduduk Sungai Petani berdurasi 12 saat dan menjadi tontonan lebih 10,000 pengguna, turut tersebar ke beberapa platform media sosial lain.

SUNGAI PETANI - Sebuah premis nasi kandar di sini menjadi tular susulan sebuah video dimuat naik pelanggan yang mendakwa terdapat ulat dalam makanan yang diambil.

Video yang dimuat naik ke Facebook Penduduk Sungai Petani berdurasi 12 saat dan menjadi tontonan lebih 10,000 pengguna, turut tersebar ke beberapa platform media sosial lain.

Iklan
Iklan

Ia memaparkan situasi di mana nasi kandar yang dimakan bersama lauk didakwa mempunyai ulat.

Antara hidangan yang diambil dalam satu pinggan termasuklah nasi, ayam dan telur masin.

Iklan

Bagaimanapun, ketika sedang menikmati hidangan terbabit, pelanggan menyedari muncul ulat yang bergerak berdekatan makanannya.

Video terbabit turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang meninggalkan komen agar laporan rasmi dibuat kepada pihak bertanggungjawab berhubung perkara itu.

Iklan

Sementara itu, seorang lelaki yang mendakwa pengurus kedai nasi kandar terbabit menjelaskan, pihaknya telah didatangi dua pelanggan wanita pada tengah hari Selasa.

Dia yang enggan mendedahkan identitinya berkata, insiden itu telah selesai apabila permohonan maaf telah dibuat kepada pelanggan berkenaan.

"Kami ada menerima pelanggan wanita di premis ini yang mendakwa ada ulat dalam makanan namun hasil perbincangan perkara itu telah diselesaikan dengan cara baik.

"Kami sudah mohon maaf dan makanan itu juga tidak perlu dibayar... tetapi tidak sangka selepas pelanggan pulang, kes ini jadi tular pula," katanya.

Dia mengakui seperti kebiasaan, sekiranya terdapat sebarang kes membabitkan kebersihan premis makanan, lokasi itu akan dikunjungi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dia juga tidak bimbang sekiranya pemeriksaan dibuat memandangkan premis berkenaan mempunyai dokumen berkaitan yang lengkap.

Bagaimanapun, Sinar Harian masih menunggu penjelasan dan maklum balas rasmi dari pihak KKM berhubung perkara itu.