TEMERLOH - Selepas dilaporkan hilang sejak 6 Oktober lalu, gadis orang kurang upaya (OKU) lembam, Nurul Aliya Zulkifli, 20, sudah selamat pulang ke pangkuan keluarganya pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, gadis itu pulang ke rumahnya di Taman Temerloh Jaya di sini kira-kira jam 3 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Nurul Aliya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan kemudian balik sendiri ke pangkuan keluarga.
"Dengan kepulangan gadis itu menyelesaikan kes kehilangan yang dilaporkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Sebelum ini, Mazlan meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan gadis tersebut yang dilaporkan hilang selepas keluar membuang sampah yang terletak lima meter di depan rumah pada hari kejadian.