Trump sakan menari selama 39 minit

Iklan
Gelagat Trump yang kembali mengundang pelbagai reaksi. Foto Agensi

WASHINGTON - Calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris dengan lantang mempersoalkan kesihatan mental dan fizikal pesaingnya untuk kembali merebut jawatan di Rumah Putih.

Harris melancarkan 'serangan' lebih agresif ke atas Donald Trump setelah bilionair hartanah sarat kontroversi itu didakwa seperti 'keliru dan bingung' ketika menyertai sebuah majlis di Oaks berhampiran Philadelphia pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Sesi soal jawab mengenai isu ekonomi bersama para penyokongnya tergendala selepas dua individu jatuh pengsan dan Trump dengan selamba menukar acara itu dengan memperdengarkan sebanyak sembilan lagu kegemarannya sambil menari mengikut alunan rentak muzik selama kira-kira 39 minit.

"Saya harap Trump okay,” kata Harris, 59, menerusi platform X.

Iklan

Pada keesokan harinya, calon Parti Republikan itu dilaporkan lewat tiba selama 90 minit di acara perhimpunan di Atlanta malah beliau tidak bercakap apa-apa tentang 'persembahan tarian percuma' tersebut.

Presiden ke-45 AS tersebut menjadi calon paling tua untuk bertanding setelah penggantinya, Joe Biden menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November depan.

Iklan

Sehingga kini, Trump enggan mengeluarkan laporan komprehensif kesihatannya. - AFP