Malaysia, Filipina teruskan rundingan mengenai isu Laut China Selatan - PM

Iklan
Anwar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Filipina komited meneruskan rundingan mengenai isu Laut China Selatan bagi mewujudkan Kod Tatalaku (COC) melalui dialog serta perbincangan yang konstruktif mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique A. Manalo, yang berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Malaysia-Filipina ke-8 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Iklan
Iklan

"Ketika kita meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, saya bersemangat untuk memajukan kerjasama kita dengan memfokus kepada sikap saling menghormati dan berkolaborasi.

"Penganjuran JCM Filipina-Malaysia menjanjikan potensi besar untuk memperkukuh hubungan dan memupuk kerjasama dua hala terutama kerana ia menandakan mesyuarat pertama seumpamanya sejak 2011,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Iklan

Anwar berkata, ini mewujudkan peluang yang amat baik untuk kedua-dua negara meneroka kerjasama baharu terutama dalam bidang seperti pertanian dan keterjaminan makanan, ekonomi digital serta industri halal. - Bernama

Iklan