Skandal perlombongan pasir: Enam lagi premis diserbu SPRM

Iklan
SPRM menyerbu enam lagi premis berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI). Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam lagi premis berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

Iklan
Iklan

"Saya mengesahkan enam premis telah diserbu hari ini.

"Saya masih belum diberi penjelasan, biar mereka selesaikan proses dokumentasi terlebih dahulu," katanya.

Iklan

Difahamkan, enam premis yang diserbu terdiri daripada sebuah unit kediaman dan lima pejabat di Lembah Klang.

Awal hari ini, dilaporkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal rasuah membabitkan MBI telah ditahan semula.

Iklan

Setakat ini, empat individu telah ditahan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita. - Awani