Bukan hari Sze Fei-Nur Izzuddin

Iklan
Sze Fei (kanan) dan Nur Izzuddin terpaksa akur tewas kepada pasangan Thailand dalam saingan pusingan pertama Terbuka Denmark di Odense pada Rabu. Foto SPOTV.

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ditunjukkan jalan keluar setelah kalah pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark sebentar tadi.

Juara Terbuka China itu tumpas di tangan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dalam pertarungan straight set di Odense.

Iklan
Iklan

Bagai serba tidak kena, pasangan nombor lapan dunia itu memulakan set pertama dengan langkah kiri apabila tewas 13-21 pada kejohanan berstatus Super 750 itu.

Sze Fei-Nur Izzuddin cuba mengubah rentak permainan pada permainan kedua, namun corak bertahan dan serangan pasangan lawan menyukarkan mereka.

Iklan

Kittinupong-Dechapol mengesahkan kemenangan 21-13 pada pertemuan pertama mereka di pentas antarabangsa.

Sze Fei-Nur Izzuddin pada Ahad muncul juara Terbuka Artik setelah menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Skarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19.

Iklan