Maszlee kongsi keluhan warga akademik UKM

Iklan
Dr Maszlee berkongsi keluhan warga akademik UKM di aplikasi X pada Rabu.

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkongsi keluhan warga akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung arahan supaya pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam termasuk di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi X pada Rabu, Dr Maszlee turut berkongsi surat pekeliling baharu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftar UKM kepada seluruh warga akademik dan kakitangannya.

Iklan
Iklan

Difahamkan surat pekeliling bertarikh 8 Oktober itu mengingatkan pegawai badan berkanun tidak boleh secara lisan atau membuat penyataan awam tentang apa-apa keputusan dan isu yang boleh memburukkan dasar nama badan berkanun atau kerajaan.

Surat pekeliling yang dikongsikan itu turut menjelaskan larangan berkenaan adalah termaktub dalam Peraturan 18(1) dan 18(2), Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Surcaj) 2000 dan Akta (605).

Iklan

Selain itu, surat pekeliling berkenaan juga meminta semua warga akademik dan kakitangan UKM merujuk kepada Garis Panduan Pusat Komunikasi Korporat tentang penggunaan dan bersiaran di media sosial melalui laman web rasmi Pusat Komunikasi Korporat UKM.

Iklan