Tiga nelayan dikhuatiri hilang, keluar untuk candat sotong

Iklan
Bot yang digunakan tiga nelayan tersebut untuk mencandat sotong. (Gambar kecil: Mokhtar, Mohd Nasir, Mohd Syukri)

KEMAMAN - Tiga nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Kertih, di sini sejak Ahad lalu turun ke laut untuk mencandat sotong.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Mokhtar Yusof, 69, bersama anaknya, Mohd Shukri Mokhtar, 46, dan adiknya, Mohd Nasir Yusof, 46.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman menerima laporan berhubung kehilangan mereka jam 4.44 petang pada Rabu.

"Kali terakhir mereka dilihat jam 3 petang pada Ahad lalu ketika hendak keluar mencandat sotong menggunakan bot nelayan nombor pendaftaran TRF 798.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menyalurkan kepada IPD Kemaman di talian 09-8592222," katanya di sini pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat).

Iklan

Katanya, sektor rondaan tertumpu sehingga 30 batu nautika dalam radius perairan Kemaman bagi mengesan kedudukan bot tersebut.