Kanak-kanak maut selepas letupan di kawasan perumahan di UK

Iklan
Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua rumah hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini. Foto AP

LONDON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas satu letupan berlaku di kawasan perumahan di Newcastle, timur laut England, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua rumah hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.

Iklan
Iklan

Polis telah dipanggil ke tempat kejadian oleh perkhidmatan bomba kira-kira 12.45 pagi waktu tempatan (2345 GMT) pada Rabu dan enam orang telah dibawa ke hospital susulan letupan itu.

Northern Gas Networks berkata, jurutera mereka berada di lokasi kejadian.

Iklan

Majlis Bandaraya Newcastle meminta orang ramai untuk mengelak kawasan itu dan menasihati penduduk berdekatan untuk kekal di dalam rumah serta menutup tingkap sehingga diberitahu kelak.

Pasukan kecemasan bekerja sepanjang malam dan dirakam mencari melalui celah runtuhan.

Iklan

Sebuah pusat pemindahan juga telah didirikan dan Palang Merah mengedarkan barangan seperti pengecas telefon bimbit dan makanan, menurut BBC. - Bernama