Misteri kemunculan ratusan bebola tar di tepi pantai

Iklan
Bebola tar misteri yang muncul di tepi pantai popular Sydney pada Selasa. Foto Agensi

SYDNEY - Ratusan objek misteri berbentuk bebola hitam seperti tar terdampar di tepi pantai popular di Australia.

"Ia muncul di Pantai Coogee, Sydney pada Selasa. Hasil pemerhatian awal mendapati ia mungkin terhasil daripada tumpahan minyak.

Iklan
Iklan

"Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum yang konsisten dengan bentuk objek itu,” kata Datuk Bandar, Dylan Parker.

Kemunculan objek bebola itu turut menarik perhatian sekumpulan burung camar ke pantai berkenaan.

Iklan

Difahamkan, operasi pembersihan telah dijalankan manakala kawasan pantai sekitar masih dipantau.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi Pantai Coogee atau menyentuh objek itu ketika kerja membersih dan siasatan lebih terperinci sedang dilakukan,” jelas Parker lagi. - AFP

Iklan