Atlet ping pong meninggal dunia ketika temasya SUKSEM IX

Iklan
Tengku Farok mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas menamatkan perlawanan di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Nerus pada petang Rabu. (Gambar kecil: Abdul Halim)

SEORANG atlet ping pong yang menyertai Temasya Sukan SUK Se-Malaysia Ke-9 (SUKSEM IX) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam perlawanan di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Nerus pada petang Rabu.

Pembantu am Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Abdul Halim Md. Daud, 54, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 9.15 malam.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Kontinjen SUK Kedah, Muhammad Shafiee Abdullah berkata, Allahyarham sebelum itu dikejarkan ke Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) selepas menamatkan acara bagi kategori veteran.

"Allahyarham pada mulanya mengadu tidak sedap badan ketika berehat sejurus menamatkan acara bagi kategori veteran.

Iklan

"Allahyarham kemudian dipindahkan dari HoSZA ke HSNZ kira-kira jam 6.20 petang untuk menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya di sini pada Khamis.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukan SUK Se-Malaysia Ke-9 (SUKSEM IX), Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Iklan

"Seluruh pengurusan SUKSEM IX merakam takziah kepada keluarga mangsa dan buat semua Kontinjen SUK Kedah.

"Kita harap agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan reda dengan kehilangan insan tersayang," ujarnya.

Difahamkan, keluarga Allahyarham Abdul Halim telah tiba di Kuala Terengganu pada malam Rabu.

Jenazah Allahyarham telah dituntut oleh ahli kaluarga dan akan bertolak ke Kedah pada hari yang sama untuk dikebumikan di Alor Setar, Kedah.