NEW DELHI - Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang, lapor Xinhua.
Selain itu, seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup (DR).