Dua remaja ditinggal ibu bapa, rumah kebajikan mohon bantu kesan waris

Iklan
Muhammad Iman dan Sansan @ Muhammad Ridhwan.

PUTRAJAYA - Orang ramai digesa untuk tampil membantu mengesan waris kepada dua remaja yang ditinggalkan ibu bapa.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim, Fakir Miskin Dan Mualaf Baitul Sakinah As-Shariff, Mohd Fadzil Ali berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Muhammad Iman Robiulawal dan SanSan @ Muhammad Ridhwan Abdullah masing-masing ditempatkan rumah kebajikan itu sejak tahun 2013.

Iklan
Iklan

"Muhammad Iman,15 dan Muhammad Ridhwan,16, ketika diserahkan 11 tahun lalu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya pada Khamis.

Ujar beliau, kedua-dua remaja berkenaan tidak dapat ke sekolah kerana masalah dokumentasi.

Iklan

"Pada awalnya kedua-dua remaja dapat bersekolah dari 2015 sehingga 2018 atas dengan ihsan sekolah namun kini terpaksa berhenti kerana peraturan yang ketat," jelas beliau.

Justeru, Mohd Fadzil berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tersebut boleh berhubung dengan Rizal Alias di talian +60 19-266 2451.

Iklan