Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk Donald Trump

Iklan
Elon Musk menyalurkan kira-kira AS$75 juta atau kira-kira RM322 juta dana politik kepada kumpulan pro-Donald Trump dalam tempoh tiga bulan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

PENNSYLVANIA - Hartawan Elon Musk menyalurkan kira-kira AS$75 juta atau kira-kira RM322 juta dana politik kepada kumpulan pro-Donald Trump dalam tempoh tiga bulan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besarnya dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini.

Iklan
Iklan

Kumpulan ini, yang digelar sebagai America PAC, bertujuan untuk menggerakkan pengundi di negeri-negeri penting dan sudah membelanjakan sekitar AS$72 juta atau RM309 juta dalam tempoh ini.

Ia sekaligus menunjukkan dana itu digunakan lebih banyak daripada mana-mana organisasi pro-Trump yang memfokuskan untuk menggerakkan pengundi.

Iklan

Musk, yang sebelum ini mengundi untuk Demokrat, kini telah mengalihkan sokongannya kepada Trump, dengan mengesahkan sokongannya Julai lalu.

Pemilik syarikat Tesla itu juga pernah muncul dalam sebuah perhimpunan bersama Trump di Pennsylvania.

Iklan

Baru-baru ini beliau menggalakkan orang ramai untuk mendaftar melalui laman web PAC bagi menghadiri kempen berkenaan.

Pennsylvania ialah negeri penting bagi kedua-dua calon Trump dan pesaingnya dari Demokrat Kamala Harris, yang juga Naib Presiden AS. - Awani