Datuk Bandar antara 6 terbunuh serangan Israel di selatan Lubnan

Iklan
Datuk Bandar Nabatieh terbunuh bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan. Foto AP

NABATIEH - Datuk Bandar Nabatieh terbunuh bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, menurut dua sumber keselamatan.

Tentera Israel mendakwa menyerang puluhan sasaran Hezbollah di kawasan Nabatieh dan membongkar kubu yang disebut sebagai ‘infrastruktur bawah tanah’.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan lima terbunuh dalam serangan terhadap sebuah bangunan perbandaran.

Katanya, usaha pembersihan serpihan akibat serangan masih dijalankan.

Iklan

Israel secara mendadak meningkatkan kempen udaranya terhadap Hezbollah di Lubnan sejak 23 September lalu dan kemudian melancarkan serangan darat seminggu kemudian.

Perang di Lubnan mengorbankan 1,356 nyawa di negara itu sejak Israel meningkatkan pengeboman bulan lalu dan menyebabkan sekurang-kurangnya 690,000 orang kehilangan tempat tinggal. - Awani

Iklan