Rashford tidak lagi sesuai bermain di EPL

Iklan
Rashford

BEKAS bintang Lazio, Paul Gascoigne menasihatkan penyerang Manchester United, Marcus Rashford untuk berhijrah ke Itali dan beraksi dalam saingan Serie A.

Gascoigne percaya perpindahan ke Serie A boleh membantu Rashford bangkit daripada situasi sukar di Old Trafford.

Iklan
Iklan

Jumlah gol pemain antarabangsa England itu menurun secara mendadak musim lalu dan hanya menjaringkan lapan gol daripada 43 penampilan dalam semua pertandingan untuk United termasuk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya suka Rashford, saya rasa dia pemain yang sukar dipercayai tetapi dia nampaknya tidak terlalu diberikan perhatian.

Iklan

"Walaupun dia menjaringkan gol, dia kelihatan tidak gembira mengenainya jadi ada sesuatu yang berlaku di sana.

"Beberapa kelab yang bagus akan datang untuk mendapatkan khidmatnya. Saya sarankan dia pergi ke Itali dan itu akan membangkitkan kembali kariernya," katanya.

Iklan

Gascoigne yang beraksi di posisi tengah menyerang menyertai Lazio dari Tottenham dan bermain di Serie A selama tiga musim antara 1992 dan 1995, menjaringkan enam gol secara keseluruhan di liga teratas Itali.