Krisis air ancam separuh pengeluaran makanan dunia

Iklan
Hampir 3 bilion orang dan lebih separuh daripada pengeluaran makanan dunia berada di kawasan yang mengalami pengeringan. Gambar hiasab 123rf

BERLIN - Jika manusia tidak bertindak dengan lebih berani dan mendesak, kitaran air yang semakin tidak seimbang akan mendatangkan malapetaka kepada ekonomi dan manusia di seluruh dunia, menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu.

Menurut laporan bertajuk, The Economics of Water: Valuing the Hydrological Cycle as a Global Common Good, krisis air membahayakan lebih separuh daripada pengeluaran makanan dunia menjelang 2050, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Krisis itu juga mengancam kehilangan 8 peratus KDNK di negara seluruh dunia secara purata menjelang 2050, dengan kerugian sebanyak 15 peratus di negara berpendapatan rendah serta kesan ekonomi yang lebih besar selepas itu, menurut laporan Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air.

Laporan itu menekankan bahawa kelemahan ekonomi, penggunaan tanah yang merosakkan dan salah urus sumber air yang berterusan dan tidak cekap telah digabungkan dengan krisis iklim yang semakin buruk, menyebabkan kitaran air global berada di bawah tekanan yang belum pernah berlaku.

Iklan

Hampir 3 bilion orang dan lebih separuh daripada pengeluaran makanan dunia berada di kawasan yang mengalami pengeringan, atau trend yang tidak stabil dalam jumlah ketersediaan air. Selanjutnya, beberapa bandar tenggelam akibat kehilangan air di bawah tanah, menurut laporan itu.

"Hari ini, separuh daripada penduduk dunia menghadapi kekurangan air. Apabila sumber penting ini menjadi semakin terhad, keselamatan makanan dan pembangunan manusia berada dalam bahaya -- dan kita membenarkan ini berlaku," kata Johan Rockstroem, pengarah Institut Potsdam untuk Penyelidikan Impak Iklim dan seorang daripada empat pengerusi bersama Suruhanjaya itu.

Iklan

"Buat pertama kali dalam sejarah manusia, kita telah menyebabkan kitaran air global keluar daripada keseimbangan. Kerpasan, sumber utama semua air tawar, tidak lagi boleh diharapkan disebabkan oleh perubahan iklim dan penggunaan tanah yang disebabkan oleh manusia, menjejaskan asas kesejahteraan manusia serta ekonomi global," katanya. - Bernama