Selangor diramal hujan, ribut petir sehingga Khamis ini

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Hujan dan ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman sesawangnya memaklumkan hampir kesemua daerah di kawasan tersebut dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada waktu petang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun cuaca diramal baik di Putrajaya, Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada waktu pagi, petang dan malam esok.

Kawasan Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya pula diramal hujan pada waktu malam Rabu dan Khamis ini.

Iklan
Iklan

Cuaca di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dilapor baik pada waktu pagi hingga Khamis ini.